SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

GOD BOY DEWA HINDU



Kisah ini berlaku di New Delhi,

Kebesaran Allah S.W.T seorang bayi dilahirkan dengan dua pasang tangan dan kaki,di gelar god boy kerana nampak seperti dewa Hindu ,oleh masyarakat Baruipur di Benggala Barat.ribuan orang berpusu-pusu melihat bayi Istimewa ini.

"Sudah pasti mereka mahu melihatnya," kata seorang anggota keluarga mereka.
Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan bayi yang dianggap istimewa itu.

"Jururawat berkata dia cacat teruk namun saya dapat melihat kelahirannya satu petanda daripada Tuhan.


VIDEO

A baby born in India with four arms and four legs has been dubbed ‘God Boy’ by his parents because they say he looks like a god.

Medical experts say the baby’s condition is the result of the legs and arms of the baby's twin being joined to him in the womb, creating the four-armed, four-legged child, similar in appearance to a certain Hindu god.

"When he first came out we couldn't believe it. The nurses said he was badly deformed but I could see that this was a sign from God,” an unnamed relative told a local TV station.

Now thousands of locals are flocking to the hospital in Baruipur, a city in India's West Bengal state, to catch a glimpse of the tot.

"When we first heard about ‘God Boy’ we were slightly skeptical,” said Chukka Rao, 67, who’s from a neighboring village.

"But we came to see because we were intrigued by all the news we were hearing from friends and others. When we eventually saw a pic of the child it was a wonder.”

Rao declared: "This is truly the son of the Hindu god Brahma, who also has four arms and four legs."

But with the village being overrun by curious believers from across the region, hard-nosed policemen say they are having trouble controlling them.

"This is a freak baby and it is tragic, there is nothing godly about him at all,” a police spokesman said. “But the crowds are going berserk and clamoring to see the child.

"Hundreds are crying in the streets, hundreds of others are praying and setting up camp here,” the spokesman continued. “Some are even panicking and believe this is a sign of the end of the world. I have never seen anything like this in my whole career."

"It is understandable that there is a lot of excitement about this,” the child's family member said. "It is only natural that people want to see the ‘God Baby.’"


Subhanallah...hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan setiap tujuan kejadian yang diciptakanya. 

UJIAN AIR KENCING BUKTI LELAKI HAMIL

GAMBAR HIASAN

KAHERAH - MESIR. Seorang lelaki yang merupakan pemandu bas didapati hamil dua bulan setelah melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan dalam satu pemeriksaan baru-baru ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh pegawai perubatan yang melakukan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah oleh pemandu bas di sebuah syarikat di negara tersebut.

Menurut pegawai tersebut, lelaki itu pada awalnya bertegas memaklumkan bahawa contoh urin tersebut adalah miliknya sebelum pegawai tersebut mengucapkan tahniah ke atas kehamilannya.

“Tahniah, anda hamil!” kata pegawai tersebut seperti yang dipetik melalui portal berita BBC.

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya pemandu bas itu mengakui mengambil sampel air kencing isterinya selain tidak sedar bahawa isterinya hamil dua bulan.

Lelaki tersebut juga mengakui bahawa pertukaran contoh air kencing adalah perkara lazim dilakukan pemandu bas negara itu bagi mengelakkan dikesan berikutan pengambilan dadah.

Baru-baru ini, stesen berita tempatannya, AlJazeera melaporkan peningkatan penggunaan dadah jenis tramadol, sejenis pil penahan sakit yang dikatakan boleh menambah tenaga.

Menurut laporan lagi, dadah jenis itu senang didapati dan dijual dengan harga yang berpatutan, membuatkan pengambilan dadah di kalangan penduduk di negara tersebut meningkat secara berterusan.

Menurut pakar psikologi, Dr Emad Hamdi, kebanyakan individu yang mengambil pil tramadol secara rutin tidak sedar bahawa mereka menjadi ketagih dengan dadah jenis itu.

“Ada sesetengah individu mengambil dadah tersebut untuk menambah tenaga bagi yang bekerja, namun akhirnya mereka akan jadi ketagih.

“Jika pengguna mengambil ubat tersebut selama beberapa hari secara berterusan, pengguna akan terus menggunakan ubat tersebut tanpa henti,” jelasnya.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Lembaga Pengangkutan Awam Mesir menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu bas tersebut.

Menurut jurucakapnya, pihaknya akan mengambil ujian darah bagi mengesan pengambilan dadah ke atas pemandu bas pada masa akan datang.

Katanya lagi, ia bagi mengelakkan pihak berkuasa diperdaya dengan kaedah yang sama digunakan oleh pemandu bas terbabit.

DISANGKA JERAWAT TETAPI ULAT AFRIKA DALAM KULIT



China - Apa yang disangkakan oleh seorang leaki dari Guangzhou sebagai 'jerawat' ternyata sekali salah apabila dia mendapati sebenarnya jerawatnya itu adalah sekumpulan ulat yang masih hidup dibawah kulitnya.

Memetik dari akhbar Hong Kong, Apple Daily, lelaki tersebut dikenalpasti sebagai Mr Ma. Dia dilaporkan baru pulang ke rumah setelah pergi ke Afrika selama enam bulan atas sebab kerja



Pada mulanya Mr Ma mendapati terdapati terdapat beberapa benjolan merah & luka pada bahagian kanan badan dan kakinya.

Benjolan itu sangat menyakitkan apabila ditekan dan menyebabkan kegatalan selama 2 minggu. Walaupun begitu, Mr Ma tidak bertemu doktor sehinggalah dia mengalami demam panas. Setelah itu, misteri bonjolan merah itu telah dirungkai oleh doktor berkenaan.

Luka pada kulitnya itu sebenar merupakan salur angin yang digunakan oleh ulat dari Afrika itu, spesis ulat yang biasa ditemui di timur dan Afrika tengah.

Pembedahan kecil telah dilakukan oleh Mr Ma bagi membuang makhluk parasit itu

IBU BERUSIA LIMA TAHUN

Lina Medina lahir pada  27 September 1933, di Ticrapo Huancavelica, Peru merupakan ibu paling muda dalam sejarah perubatan, dia melahirkan anak pada usia lima tahun, tujuh bulan dan 21 hari.

Medina dibawa ke hospital oleh kedua ibubapanya pada usia lima tahun kerana perubahan saiz perutnya. Beliau awalnya mereka menyangka Medina mempunyai ketumbuhan, tetapi Doktor mengesahkan bahawa Medina sedang hamil 7 bulan. Dr Gerardo Lozada kemudian membawanya ke Lima, Peru, untuk mendapatkan oandangan pakar yang lain yang akhirna mengesahkan bahawa Medina sedang hamil.

Satu bulan setengah kemudian, pada tanggal 14 Mei 1939, Medina melahirkan anak lelaki dengan cara pembedahan kerana Medina masih kecil dan mungkin membahayakan nyawanya jika bersalin secara normal. Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada, Dr Busalleu, dan Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale. Anak Medina dilahirkan dengan berat 2.7 kg dan diberikan nama Gerardo seperti nama doktornya. Jurnal perubatan juga mencatatkan bahawa hormon Medina telah matang, dia juga telah mengalami kitaran haid sebelum dia berusia 5 tahun lagi dan ini merupakan salah satu sebab bagaimana dia boleh hamil pada usia yang sangat muda.

Gerardo dibesarkan dengan mempercayai bahawa Medina adalah kakaknya, namun pada usia 10 tahun beliau baru mengetahui Medina sebenarnya ibunya. Gerardo membesar dengan sihat namun pada tahun 1979 beliau meninggal dunia pada usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang.

Medina langsung tidak mendedahkan siapakah sebernya ayah kepada anaknya atau bagaimana dia mengandung. Namun begitu Bapa kepada Medina pernah ditahan atas tuduhan serangan sek sual keatas Medina namun dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh.

Semasa dewasa, Lina bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr Lozada di Lima. Dr Lozado juga yang bertanggungjawab memberinya pendidikan dan membantu anaknya belajar di sekolah tinggi. Medina Kemudian berkahwin dengan Raúl Jurado pada tahun 1972. Pada tahun 2002, Medina sekeluarga tinggal di sebuah daerah di Lima yang dikenali sebagai Chicago Chico atau Little Chicago. Medina enggan ditemubual dengan sebarang wartawan berkenaan kisahnya itu.


KAKI REPUT SETELAH DIPATUK ULAR

VENEZUELA – Gambar yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah kaki seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang bertukar menjadi kayu reput selepas dipatuk oleh ular berbisa.

Bisa ular berkenaan menyebabkan sel-sel pada kakinya sudah mati sekaligus turut mengakibatkan tisu kaki mati. Ia menjadikan kaki budak itu reput.

Budak tersebut hanya dibawa ke Caracas untuk rawatan selepas sebulan dipatuk ular.



Sebelum ini dia hanya diberikan ubat-ubat tempatan.

Gambar tersebut dirakamkan dan dimuat naik dalam instagram.

Salah seorang doktor yang melihat gambar berkenaan, Dr Arun Ghosh berkata, kaki budak tersebut perlu dipotong namun nyawanya masih terancam akibat bisa ular tersebut.

“Bisa ular sangat rumit dan ia bergantung kepada jenis ular. Namun berdasarkan gambar itu, ia jelas menunjukkan kaki perlu dipotong meskipun budak itu mungkin akan mati akibat bisa ular berkenaan,’’ katanya.

Dr Arun Ghosh juga memberitahu, keseluruhan kaki di bahagian bawah berwarna hitam dan melihat kepada keadaan berkenaan, ia jelas menunjukkan racun sudah menyerang otot dan ia akan merebak.

WANITA BUNUH DIRI TERJUN KE DALAM KOLAM BUAYA



Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan tarikan ramai pelancong di pinggir ibu kota Bangkok, lapor AFP.

Menurut polis, kejadian berlaku hanya seketika selepas taman itu dibuka. Selain menjadi ladang ternakan  buaya, taman terbabit juga menempatkan zoo dimana pengunjung dibenarkan untuk bergerak bebas dan memberi makan haiwan.

Menurut polis kejadian berlaku Jumaat lalu di Taman Haiwan Samut Prakan dimana wanita terbabit dikatakan terjun dari satu ruang rehat yang mempunyai laluan di bahagian tengah kolam terbabit yang sarat dengan ratusan ekor buaya dewasa.

Menurut saudara wanita terbabit, dia sedang mengalami tekanan dan kemurungan.

Kawalan keselamatan di taman  tarikan pelancong itu sememangya longgar dimana adakalanya pagar pemisah hanya berketinggian beberapa kaki bagi membolehkan pengunjung memberi makan haiwan.

Previous Home