SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

BAKAR DIRI SEBAB DIBEBANI HUTANG


 

Bangkok: Seorang wanita membakar dirinya sendiri di sebuah pusat khidmat masyarakat berdepan dengan Rumah Kerajaan ketika mengemukakan aduan mengenai bebanan hutangnya semalam.
Sangvean Raksaphet, 52, memberitahu ketua pusat khidmat itu, dia meminjam wang daripada seseorang dengan mencagarkan geran tanahnya.
Apabila gagal membuat bayaran, dia cuba berunding tetapi pemberi pinjaman menuntut bayaran Bht1.5 juta (RM150,000) daripadanya.
Mengesyaki dia ditipu, Sangvean membuat aduan ke pusat berkenaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Tetap Perdana Menteri.
Ketika petugas di pusat itu menghubungi penolong pegawai daerah berkaitan bank mendapatkan butiran lanjut, Sangvean bertanya mengapa dia tidak dibantu.
Wanita itu kemudian mengeluarkan sebotol minyak dan menyiram dirinya sendiri sebelum mencucuh dengan pemetik api.
Jurucakap polis berkata, beberapa anggota keselamatan membantu memadamkan kebakaran dan Sangvean kemudian dihantar ke hospital
Next Previous Home