SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

MAYAT WANITA DISANGKA PATUNG

Kuala Berang: “Pada mulanya saya ingatkan objek yang terbaring di bahu jalan adalah patung, tetapi sangkaan saya meleset apabila ia sebenarnya mayat,” kata lelaki berusia 40-an yang menemui mayat seorang wanita di Lebuh Raya Pantai Timur Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu, Kampung Sungai Ular, di sini, semalam.


Mayat wanita terbabit, dipercayai warga asing berusia antara 40 hingga 45 tahun, ditemui terbaring di bahu jalan dengan beberapa kesan kecederaan, termasuk di kepala dan dahi, antara jam 6 hingga 7 pagi.

Ketika ditemui, mangsa yang dianggarkan mempunyai ketinggian 158 sentimeter dan berkulit putih mengenakan baju T berwarna oren tanpa seluar, selain tiada dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga asing memandangkan tiada suntikan vaksin BCG pada bahu mayat.


Saksi kejadian yang enggan dikenali dan bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, sebelum kejadian, dia yang bertugas di pondok keselamatan di Hentian Rehat Ajil, di sini, melalui laluan itu dengan motosikal, jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh di Masjid Sungai Ular, di sini.

Katanya, dia hanya menyedari kehadiran objek itu ketika perjalanan pulang ke pondok keselamatan, jam 6.50 pagi apabila melihat satu objek terbaring ketika berada dalam jarak tiga meter.

“Daripada jauh objek itu seakan-akan patung, tetapi saya terkejut apabila objek itu seorang wanita yang tidak bernyawa.
“Disebabkan takut melihat darah, saya tidak berani menghampiri mayat itu, apatah lagi keadaan sekeliling yang sunyi sebelum mendapatkan bantuan bagi menghubungi polis.

“Ketika itu, sebuah lori tiba di tempat kejadian sebelum kami menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian,” katanya yang baru dua bulan bekerja. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.


Katanya, ketika ini, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti mayat.
Next Previous Home